Kusemai benih persabahatan
Kupupuk dengan kasih dan sayang
Kusiram dengan harapan
Namun ia layu, mati
Tanpa ku sangka
Tanpa ku duga
Tegar kau menghina
Tegar kau mencerca
Aku mengakui
Pernah aku berharap
Kau dan dia tidak kan lama
Tapi tidak ku simpan perasaan itu
Ku doa kau terus bahagia
Di samping dia yang kau cinta
Ku buang perasaan di hati
Demi melihat kau gembira
Ku letak diriku di tepi
Agar kita tak sengketa
Ku korbankan segala
Agar dirimu terus selesa
Kini ku harap
Agar kau kan terus bahagia
Jauh di sudut hatiku
Ku ingin kau sedar
Ku ingin kau berubah
Biarpun keyakinan ku kian punah
Namun ku percaya
Kan ada cahaya menjelma
Menerangi hatimu yang kian gelita
Ku lepaskan sayang
Ku harapkannya hilang
Sampai disini takdir menentukan
Ku mohon maaf atas segala perbuatan
Ku halal juga segala pemberian
Takkan ku mahu kau derita
Takkan ku mahu kau melara
Cuma secebis harapan ku pinta
Agar diriku tak kau lupa
Cukup disini kutinggalkan kasih
Cukup disini kuhapuskan sedih
Ku mohon agar ku terus mampu
Mengharungi hidup yang kian berliku
Selamat tinggal kawan
Selamat tinggal teman
Tiada lagi ku berairmata
Kerna semuanya tidak bermakna
Ku undur diri
Dan akan ku pergi
Dari hidupmu
Buat sekian kali..
0 Pengkritik Setia:
Post a Comment