Cinta

Begitu indah pabila dirasai, tapi amat pedih bila dikhinati. Kehidupan tanpa cinta ibarat dunia tanpa matahari, gelap, tiada warna, dan melemaskan. Tapi, ia juga ibarat malam tanpa bulan, tanpa bintang, begitu kosong,tiada kerlipan dan tiada sinaran yang menenangkan. Cinta ada di hati setiap manusia . Bermula dgn kasih, timbullah sayang, maka wujudlah cinta. Ianya saling berkaitan. Manusia memerlukan cinta untuk hidup, perlukan cinta untuk bernafas, dan perlukan cinta untuk mati. Memang cinta itu selalunya mampu membuat manusia lupa akan tujuan hidup, tapi cinta jugalah yang mampu memberi manusia panduan untuk mewarnakan kehidupan. Cinta memang senang untuk dilafazkan, tapi begitu sukar untuk dimaksudkan. Hati yang kecewa kerana cinta, amat sukar untuk dipulihkan kerna sekali cinta melekat di hati, kesan yang tinggal akan wujud selamanya jika hati dilukakan. Cinta yang suci lahir dari hati yang ikhlas dan jiwa yang luhur. Cinta yang palsu lahir dari hati yang gelap dan jiwa yang penuh nafsu.Hargailah cinta dengan sepenuhnya, maksudkan cinta dengan sejujurnya dan rasailah cinta sepuasnya, kerna kita manusia di dunia, tidak akan kekal selamanya........

0 Pengkritik Setia: